Monday, 23 February 2015

AYAM GORENG !

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ayam, bahagian kesukaan anda
  • 1/2 bungkus atau 100 gram tepung serbaguna Kentucky
  • 1 biji telur
  • 4 ulas bawang merah
  • secubit garam






 Penyediaan:




  1. Hiris nipis bawang merah dan tumbuk kasar.
  2. Lumurkan bawang dan secubit garam pada ayam kemudian perap selama 5 hingga 10 minit.
  3. Panaskan minyak masak dalm kuali yang dalam, atau boleh juga dalam periuk yang berpenutup.
  4. Ambil dua mangkuk kosong. Pecahkan telur dan kacau sebati di dalam mangkuk yang pertama.
  5. Di dalam mangkuk yang kedua, tuangkan tepung goreng serbaguna Kentucky.
  6. Celup ayam di dalam telur dan kemudian gaulkan pula di dalam tepung. Pastikan salutan sekata menutupi setiap bahagian ketulan ayam. Lagi sedap kalau bawang perapan tadi melekat pada salutan ayam.
  7. Goreng dalam minyak panas di atas api sederhana dan tutup permukaan kuali atau periuk tadi. Ini adalah supaya isi ayam masak sempurna di bahagian dalam. Ulang proses di atas untuk setiap ketulan ayam. Apabila separuh bahagian ayam sudah kuning, alihkan dan tutup kembali tudung. Bila dua belah ayam dah masak kekuningan, bukak tudung periuk dan goreng sehingga salutan tepung keras dan garing.
  8. Angkat dan lapik di atas kertas tisu penyerap minyak.

AYAM BLACKPPR ! 



Bahan-Bahan:

  • 300 gram ayam, potong kecil
  • 5 biji cendawan butang segar, potong 4
  • 4 batang celeri, potong serong
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar, potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • garam dan gula secukup rasa

Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
  4. Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
AYAM MASAK MERAH!!!

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 cawan santan (optional)
Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 1 ulas kecil kunyit
  • 1 batang serai hiris nipis
  • 10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji
Bahan untuk ditumis :
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 Kulit kayu manis
  • Satu tangkai daun kari

 Penyediaan:

  1. Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
  2. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
  4. Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Sunday, 22 February 2015

KERJA SEPERTI BIASA

Start semula kerja selepas 4 hari cuti.. 1st niat nak MC je harini sebab rasa macam sekejap sangat je kat JB tu. Tapi kene sedar diri lah im new here, practical JE plak tu so ubah niat lah. So balik KL pergi kerja seperti biasa. heheee Harini takde cerita sangat sebab takde buat apa2. Dari tadi hadap PC je, Ni baru naik break. Tadi break panaskan bekal yang mama bagi semalam je.. Minggu depan 28th and 1st ada kerja untuk jadi crew tapi smpai sekarang still berbelah bahagi nak pergi atau tak. Kalau tak pergi boleh spend jalan2 macam selalu, kalau pergi boleh tambah pengalaman dan pengetahuan kan... cehh tapi tu lah macam malas je sebab even kat shahalam. jauh , malas nak bangun pagi2 pergi sana then balik lewat malam... 9pto 10 tu .. Tengok lah camne nanti kalau rasa rajin nak pergi, pergi lah tapi kalau rasa macam malas and berat je nak pergi means tak pergi lah jawabnya hehehheheh...

BATU LAYAR ..

19 - 20 FEBRUARY ---

Wakeup awal pagi. pukul 10 gerak ke Desaru and pukul 11.45 macam tu sampai dah. Tiba sana tengok tak ramai pun. Semua aktiviti faana tak join. Perati je perangai sorang2. Memang dah agak dah akan jadi macam ni. Malam tu tidur ramai2 kat hall ..alahai hahaha tapi ntah krik2 je. Then esok pagi tolong Hakim buat breakfast.. sambil2 tu borak2 .alang2 Hakim tu peramah sangat so tanya lah dia satu benda yang memang dah lama terbuku dalam diri ni haa. Tanya2 ... Hakim lak jawab jawapan yang sama macam sorang lagi kawan ni jawab. Arhhh kene tipu hidup2 ke aku selamani ngan si him ni .... hmmm Then dah ilang sabar jumpa him jap kat hall then tanya , macam biasa lah dia tak ngaku. Susah lah kalau tak jujur and tak ngaku ni.. Sampai bila kita tak tau benda yang betul. hmm then tanya him betul ke apa yang Hakim cakap tu then dia boleh lak jumpa Hakim cakap kat Hakim 'manada aku ambil gigi gusi tu kat rumah ' tak pernah plak' okey yang tu sampai sekarang fanna taktau siapa yang betul. Kalau ikut hati sebenarnya mmg percaya kat Hakim. Sebab bukan Hakim sorang je yang cakap mcmni. Then him tak puas hati , lle[as dia mandi terus dia ajak balik. Yaaa ALLAH sumpah segan gila time tu, Dah lah tumpang rumah orang, then balik macam tu je. Tak sempat tolong apa2 lagi. Tolong kemas pun tak sempat... Ya Allah .. segan and serba salah sangat. Tak patut kot macam tu. Tapi terpaksa lah ikut je balik. Tiba2 kak ayu keluar tanya him kenpa balik awal sgt then him cakap sebab ada mulut longkang, Pehh gamaknya. sabar je lah fanna kat depan tu.. Paling sakit hati bila him cakap yang ' sial lah bawa kau ni' ... Air mata je lah keluar time tu. Memang puas lah kena maki dalam kereta tu. Memang takde rasa happy langsung pun pergi sana sebenarnya. Bosan!!! Niat pergi sana sebanarnya untuk tau perangai sebenar him depan diorang semua tu macamana and nak tau macamana him treat org2 tu and org2 tu treat dia. That' all . takde lebih.. Sebab seumr hidup mmg x pernah join aktiviti macam tu. Ohhh sad mmnt maybe. Tapi okey lahhh at least apa yang di niat kan tu dapat. Im lucky sebab niat tercapai and im sad sebab dapat tau perangai him sebenar even tak banyak. Takpe fanna !!!!! Fanna sabar. Ramai lagi jejaka idaman kat luar sana tu cuma fanna yang kena lembut kan hati untuk terima diorang. Ingat ! dong eksperimen dulu thn pilih ! tapi............... arhhggg . alright ill try . ups hee anyway , I FELT GOOD AND GLAD I DID IT.

Wednesday, 18 February 2015

Taat Pada Boyfriend


Taat Pada Boyfriend.

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.
CILLY FRIES KENIS
Blended cili kering plus belacan sebagai canned chili substitute.


Fries.

Mozarella Cheese. I pilih this cheese sebab dia senang meleleh pastu memang sedap.


Mula-mula sediakan 'fake canned chili' aka 'sambal tumis Melayu'. Blended cili and belacan tadi campur garam, ajinomoto and some cili sos. Make sure sampai pecah minyak and masak betul sebab kita bake dia dalam oven nanti tak begitu lama, so takut tak masak sangat pastu cherry berry tomorrow.


Sambil itu, tuang semua fries mentah dalam tray, dan lumur dengan (kita tak biasa pakai cooking spraykan) olive oil sajer. Untuk mitchy matchy rasa dia, sprinkle some oregano. Takde oregano pun takpe. Takde olive oil pun takpe. Gunalah butter ke apa pepandai situ.

Panaskan oven dengan suhu 180', pastu bila oven dah panas, bakar for like 20minutes (kot?, I am not good with precise timing, I always godek2 keluarkan tengok dah masak ke tak). Bakar jelah sampai rasa dah masak/rangup2 hujung fries tuh, LOL. 

Make sure pakai sarung tangan tebal masa nak keluarkan dari oven, jangan nak guna kain lap tipis bodoh jer pastu tumpah nasi telah menjadi bubur kat lantai dapur tuh. Tiba-tiba. Nampak sangat drama kat dapur tadi hahahaha rugi half of my fries sob.


Agak-agak fries dah masak, letak 'sambal tumis melayu' kat tengah, dan sprinkle mozarella cheese banyak-banyak. (Dalam gambar nih belum habis sprinkle dah tangkap gambar. Gelojoh nak berbelog. Terima kasih teknologi). Kemudian bake untuk lagi 15minutes? I don't know... you need to always peek and agak sendiri, sebab maybe our fries tak sama banyak or your oven tak setua bangka as my oven, or you masak takde drama2 fries bertaburan sampai you lose track of time. Jadi pandai2lah dengan timing masakan sendiri k.

Pastu siap! Wah? Senangnya. Macam tak deserve satu blog post jer resepi nih, tapi sebab ramai yang tanyakannn. Silalah nikmati Malay Baked Chili Cheese Fries. Jauh sekali rasanya dengan dekat Carls Jr. KAHKAHKAH.



Gituew. Is it good?



Well... Daddy said it's really sedap. But then he's my dad. Alisya makan banyak (which dia jarang sekali), tapi Alisya memang a big fan of my cooking walau masak apa sekalipun. Mmmm my brother Khairi yang langsung tak expressive akan perasannya itu makan tambah 2kali, so... SEDAP LETTEW. Goodluck!

Tuesday, 17 February 2015

BERHARAP PADA YANG TAK BOLEH HARAP  .  urgghhhhh !

from keknis: 


Suka Kasihani Diri Sendiri, macam Katy Perry
Katy Perry memang suka stok layan perasaan, kisah cinta yang terhalang, bukan kehendak masing-masing untuk berpisah. Kalau buat videoclip mesti hero dia mati. Menggambarkan yang keputusan untuk berpisah bukan di tangan satu sama lain, sangat kasihan. Kita harus kasihankannya sekarang, cepat kasihankan dia, wuuuuu sobs sobs! 

Perasan tak kita kadang-kadang suka buat macam ni jugak? Benda bukan apa sangat pun, tapi saja lebih-lebih. I had this conversation once dengan Cristine (Suzzane) dekat set, we were just talking about heartbreaks. "Weh kau selalu tak layan jiwang? Best oh emotional sorang2" "Aku kadang-kadang suka gak, walaupun busy takde masa nak pikir, sengaja peruntukkan satu malam, pasang lagu Ombak Rindu sambil meringkuk atas katil dalam foetal position. Pastu nangis." Hahaha nampak tak? Dalam kepadatan jadual pun sempat lagi wallow in self-pity. It's therapeutic sometimes.

Lagu Katy Perry yang sesuai untuk ex yang jenis kasihankan diri sendiri adalah:

1. Thinking Of You : "You said move on where do I go... I guess second best is all I will know... And yes I do regret, how could I let myself let you go... (pakwe mati pergi perang)".

2. The One That Got Away: "In another life... I would make you stay.. so I don't have to say you were the one that got away... I should've told you what you mean to me cause now I pay the price (pakwe accident kereta)".


Masih Berharap dan Terlebih Yakin, macam Mariah Carey
Mariah Carey tak pernah lepaskan orang betul-betul. Dia mesti bagi hint yang dia nak lagi kat orang tuh kalau tiba-tiba orang tuh datang balik. Dia cheeky, dia confident, dia perasan hot. Tapi dia memang hot so takpe. I panggil dia atau golongan exes yang macam dia sebagai Hopelessly Hopeful Romantic atau lebih jelas lagi, Berharap Pada Yang Tak Boleh Harap.

Bagi dia; oh aku hot so you're gonna come back to me. Kalau aku let go sekarang pun satu hari kau confirm akan tersedar we belong together because you will always be my baby so don't forget about us. Ha nampak tak, tiga tajuk lagu Mariah carey diletak dalam satu ayat. Nampak tak?!

Lagu Mariah Carey yang sesuai dilayan ex jenis kuat berharap sebab terlalu confident adalah:

1. We Belong Together (jangan lupa videoklip nak kahwin dah dengan orang lain pastu, ex lama datang and bawa anda lari fuyo fuyo konfiden) : "I didn't mean it when I said I didn't love you so... I should've hold on tight I never should've let you go" "Baby there ain't nobody better, we belong together".

2. Always Be My Baby: "Now you wanna be free, so I let you fly, cause I know in my heart, our love will never die" Confident kau I let you fly, pastu orang tuh jumpa orang lain, byebye fly away terus.

3. Don't Forget About Us : "Oh they say that you're in a new relationship, but we both know nothing comes close to what we had" "When it's real, it's forever so don't forget about us". WAH?! 


Tak Paham Bahasa, macam Adele
Adele memang tak paham bahasa. Orang dah tinggalkan dia untuk kahwin dengan orang lain, DIA BOLEH DATANG KAT WEDDING ORANG TUH TANPA DIJEMPUT. Merimaskan betullah ex macam nih. Pastu 'never mind I'll find someone like you' apa hal? Kenapa nak carik orang yang lebih kurang camtu jugak?! Cariklah orang yang lebih baik. Sudah sudahlah tuh... jangan ganggu orang yang dah dalam hubungan baru dan indah.

Lagu Adele yang dia boleh nyanyi sama-sama dengan ex jenis tak paham bahasa tak reti-reti nak move on adalah:

1. Someone Like You: "I hate to turn up out of the blue uninvited but I, couldn't stay away, I couldn't fight it". "I had hoped you see my face and you'd be reminded that for me, it isn't over... (OH GOD WHY)".

2. Rumous Has It: "She, she ain't real.. she ain't gonna be able to love you like I will" "I heard you've been missing me, been telling people things you shouldn't be". Allah...


Pemujuk Tegar, macam Bruno Mars
Bruno Mars kalau kena tinggal dia boleh mati, agama dia boleh hilang terus, pastu dia jadi gila and cakap dengan bulan. Memang kritikal, memang cinta mati betul. Tak elok cinta mati, tapi yang elok pasal dia? Dia tahu dia cinta perempuan itu sedalamnya, dan tak malu nak pujuk rayu sehabis baik. Dia tahu dia takkan dapat macam orang tuh lagi, jadi dia tolak ego jauh-jauh dan buat lagu yang pathetic macam tiga lagu ini...

Lagu Bruno Mars yang menggambarkan dia seorang ex pemujuk tegar (dan patut dipertimbang untuk rujuk semula LOL):

1. It Will Rain: "If you ever leave me baby, leave some morphine at my door, cuz it'll take a whole lot of medication, to realize what we used to have, we don't have it anymore" "There'll be no sunglight if I lose you baby, there'll be no clear skies, if I lose you baby" " Just like the could my eyes will do the same, if you walk away, everyday it will rain..."

2. Talking to the Moon: "I know you're somewhere out there, somewhere far away, I want you back.." "They don't understand, you're all I have" "The night when the stars light up my room, I sit by myself, talking to the moon, tryna get to you..." (dah gila).

3. When I Was Your Man: "I should've brought you flowers, and held your hands, should've given you all my hours, when I had the chance, take you to every parties, cuz I remember how much you loved to dance, now my baby is dancing, but she's dancing with another man". Lagu penyesalan yang terbaik dan tak ego dan padan muka diri sendiri.


Mahu Tapi Tak Buat Apa-Apa, macam The Script
Ini jenis ex yang ; dia sayang dan cinta tapi dia tak buat apa-apa. Dia harap the universe will somehow work its magic untuk satukan diorang kembali tapi dia lupa tawakal dan doa saja tak ke mana tanpa usaha. Dia tak faham konsep yang dialah membentuk takdir yang telah tertulis.

Orang yang sadis, dia tahu apa dia nak dalam hidup, tapi takde daya. Cubalah dengar The Script nih, setakat duduk tunggu satu tempat, mengharapkan kekasih tuh cari dia. Pastu kecewa sangat, pergi hang out dengan kawan-kawan, dah mabuk BARU nak call balik orang tuh. Pastu jerit-jerit nama orang tuh satu bandar... Okaaay.

Lagu The Script yang menggambarkan golongan ini:
1. The Man Who Can't Be Moved:"Going back to the corner where I first saw you, gonna camp in my sleeping back, I'm not gonna move" "One day if you wake up and find that you're missing me, and your heart starts to wonder where in the earth I could be, I'm thinking maybe you'd come back here"

2.Nothing: "Am I better off dead, am I better off a quitter?" (OH MY GOD THIS PEMALAS DUDE).


Positive and Bright, macam Fergie.
Akhir sekali adalah ex yang sedih dan kecewa, tapi sentiasa positif dan juga ceria. Bagi dia; yes I am sad we planned so much but have to let it all go. But if you're not going to work for it, I am not going to work for it. Satu hari dia percaya, orang yang betul akan mai, dan takpe, dia akan tunggu. Ex macam Fergie nih memang annoying. Dia boleh kawal perasaan dia, bila dia cinta, dia cinta sangat, tapi bila dia yakinkan diri untuk tak cinta, dia mampu untuk tak cinta.

Bak kata Fergie:

1. Clumsy: "I like serious relationships" "Every time a boyfriend and I break up, my world is crushed and I am all alone........ (and then) the love bug crawls right back up, and I'm back!"

asalamualaikum  !


i learnt to divide my time better too. sometimes even i wondered how i made it this far without ending up in this office life !

i can't wait to finish this last semester! (practical)
after i'm done with diploma, i can finally focus on degree.
ya Allah, permudahkan lah! 

anyway, another thing i've learnt from 6 years of coupling to this guy (haha!).
love isn't saying "i love you" everyday and night.
it isn't about holding each other's arms.
it isn't about looking into each other's eyes.
it isn't about feeling all nervous and blossoming when we look or touch each other.
ramai yang beristilah macamtu , tapi fanna tak ! and idt my partner is will be apart of me kelak or not.Sebab semuanya sudah berubah. and i had it AND i hate it !!!!!

love is willingness.
willing to tolerate, adapt, help each other, listen, accept each other's good and bad, and willing to sacrifice.
But in my relationship with him i tak pernah rasa semua tu lagi. hmm if dia yang dah trcatat untuk future ..aku terima ,tapi jika tidak, tunjukkan lah aku supaya mudah aku bersedia dengan dugaan ini.... Kadang2 aku memang dah putus harapan dah ngan relation ni. dah tak tahan ngan segala masalah. Si HIM pula tak pernah faham dan cuba untuk berubah , tak pernah cuba berhenti untuk buat apa yg aku tak suka . 3 benda je .. tipu , tak jujur and MASALAH PEREMPUAN. Tu je yang dari dulu tak pernah nampak berubah. YE nampak perubahan sekejap adalah tapi yang fix punya perubahan belum pernah nampak. Makin lama makin tertekan dengan relation ni. Nak break tapi masalah sayang and risau kalau tak boleh nak survive...huaaaaaaa :( kalau tak boleh survive sebab dah lama sangat kan, Tapi kalau teruskan pula, hari2 tanggung derita and tahan semuannya. TUhan  je lah tahu apa yang dihadap ni . hmmm Dari dulu sampai sekarang ada je kawan2 kawan2 yang cuba tenangkan and bagi suggestion untuk masalah ni tapi haa tu lah berbalik semula pada cerita kat atas tu haaaa. hmm Selama on relationship ni juga dah mcm2 boy juga aku kenal tapi belum ada sorang pun yang aku terpikat. hahhahaaa ingat nak buat eksperimen untuk calon2.. tapi still sayangkan and tak blh lupakan si HIM ni juga. Tu lah kan.. Ada betul orang cakap, kalau dah sayang tu, even sakit macamana pun kita tetap susah nak luputkan perasaan tu. huh !!!!!!!!!!!!!!!! Teringin sangat nah happy macam relation orang lain. Tapi tu lah selama boleh tahan ..try lah bertahan kan tapi kalau dh xde hayat untuk bertahan apa lagi terpaksa bawa diri lahh hahaha ayat pasrah :-

so yeah.
i hope we'll be able to stay willing for each other and our family.
insha Allah =')




Assalamualaikum wbt


confession: i am quite an impatient person.when i working here within myself, i found that the thing i hate most, is waiting. no matter what form.sometimes when waiting gets to my nerves, i get angry.and when i'm angry, astaghfirullahalazim..
it's very disappointing.i used to ask myself "why is it that you can change your outlook, change your lifestyle and whatnot, but you can't be patient and control your temper?" everytime after i've done something stupid because i was too impatient. that's the thing about me. i know i need to chill, to sabar and calm down, but the next time, the same cycle will happen again.it was like a tight slap given across my face
how dare i.. how dare i ask Allah swt to wait for me, whereas i couldn't even wait for others?how can i ask Allah, The Almighty, to be patient with me, when i can't with others?how dare i ask Allah, The Giver of Life and Giver of Death, to wait for me to be a better person, as if i'm the one who gets to decide when i want to die?.
my life could be taken away whenever He pleases, and there i was, asking Him to wait."how dare you.." i kept saying to myself.. indeed. how dare me..
i'm sharing this side of me which i'm ashamed of to those of you reading this.. and i'm sharing it because i know there are some people who share this same problem. we're only human. we make mistakes, and we're far from perfect. but it's time to change.. we'll never know if we have a 'tomorrow'.
so here's my new year's resolution. instead of a list of things that i want to do, i only have one thing that i need to do.







i became brutally honest and more annoying. hahaha! it definitely feels so much more comfortable this way. i learnt that ugliness in oneself isn't because of the looks or characteristics, but because of the heart.so, my honesty and annoying-ness weren't problems (which i thought were), but rather, it's the heart that needs more attention. basically, i had it all wrong la last year. heheeee =ptakpe, dah tau ada masalah hati, kita cuba tackle! (ye, saya pun ada heart problem wuwuwuu)


nak share frm kak maria :

Q: How come there are muslims who wear tudung, and some don't

A: Firstly, please forgive us. We are all not perfect. The muslims who wear tudung up to their knees and even cover their faces are not perfect. But the women who covers, they do so because they want to, because they believe in the Hereafter and Allah's Promise.
It's the effort. Some people don't want to use too much effort to please; please God.
Like sunblock.
Sunblock is good for our skin, yet many won't even bother using them. It prevents skin cancer, it's anti-ageing! Still.For some who doesn't see the effect of it immediately, they wouldn't care.It's too much effort.
Sunblock is like tudung la.The SPFs is like the level of coverage. The higher the SPF means high level of coverage.
Other than sunblock, vegetables is also an example. So many people don't eat veges even though they're good for the health.
So, it's due to the effort. Some don't see the effect or the goodness of it immediately, so they procrastinate the effort. They don't see how tudung, or being covered, can benefit them in this lifetime and the next.
Ihik!

Q: Why does the Prophet (SAW) marry so many times?


A: Because he had to. Consider this: we women are married to one guy, and we have so many things about our husband that irks us. If we can list down the things about our husband that we're annoyed with, even hate, our list can reach up to 10 points, or maybe more!
Who is more closer to a man than his wife? Living under the same roof and all.
But the wives of the Prophet (SAW), can't even have a list. They could have shared his imperfections, flaws, complains about him, expose his weaknesses, but they just couldn't. They don't have anything to share! Besides his good character.
He is the perfect example for us ordinary people to look up to.

Wallahu'alam.

**These aren't the 'answer scheme' for these type of questions. It's just something i thought can be used in case you're in this situation.The people who asks this kind of questions probably won't understand islamic terms, like "Because Allah SWT orders us to", "to go to heaven", "it's in the Quran", etc.They need something relatable so that it's easy to understand and imagine.Ihiiiikkk!
So yeah. Hope you'll find this useful!

Most beautiful promises that Every GIRL wants from a lover
1. I am daily going to wish you good morning.. 
2. I will take care of our families.. 
3. I will always hug you, at least 10 times in a day..
4. I will understand you and always talk you.. 
5. If we fight, or a had some arguments, we will talk only by hugging each other..
6. I will never escape a single day without kissing you , missing u , hugging u..
7. I will always love you without any reason..

Today is the second day to create my blog
  and today I was in my hand I certainly have no job because many staff leave. Boss pula go meeting. now . So sekarang ni cuma overlooking PC je .. Dah bosan sangat ni takde kerja. Nak je ambil cuti tapi tu lah.Segan nak ambil cuti sebab fanna practical je kat sini. Bila desperete sangat baru lah ambil cuti. Tapi tak sabar sebab pukul 5 kang nak balik jB jumpa mama ayah aa and eren.. alaaa rindunya. Tapi rushing sikit lah harini sebab tumpang orang kan. Memang pasti jalan jem lah harini sebab Raya Cina esok kan. Agak2 pukul berapa lah sampai jB ek. heheheee 

Monday, 16 February 2015

Hi .. Im new here . tiba tiba kat office ni teringat zaman sekolah dulu. Actually dulu fanna ada blog tapi bila dah lama tak update so lupa password . sayang sangat dengan blog lama tu sebab kat situ penuh cerita2 zaman sekolah dulu . dah macam diari sebab hampir tiap hari update kat situ. Routine balik sekolah, Routine pergi sekolah , routine update menu mama masah everyday, sampai kadang2 gaduh ngan mama pun tercerita kat situ. So sekarang ni nak start semula lah . Okey so lets intro. My name is Nurulfarhana Mohd Izam, just call me fanna or whateve yang korang selesa. fanna okey je. hee and now im turn 21 and sedang practical as a human resources kat PPZ.  Tak sabar nak tunggu lagi 2 bulan. Habis practical then tunggu nak convo plak ... heheheeee. Dari semalam sebenarnya takde kerja so hadap PC ni asyik baca news je. Takde 1 news pun yang tertinggal ... FANNA BOSAN DAH NI !!!!!! so alang2 teringat zaman sekolah dulu ni nak study semula mcne nak create blog ni. Tengs to those yang tolong fanna even kita tak kenal. heehe